Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Suatu Rumusan (1999)
Suatu Rumusan (1999)
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 January 2009 03:25


Segala lembaran

Nota dan lakaran

Kuselongkari

Kuamati


Segala gagasan

Pertembungan dan cubaan

Kuteliti

Kurenung kembali


Oh! Sukar jua laluan

Namun, tak terasa kepayahan

Keterbatasan dan kegagalan

Tak mengundang penyesalan


Masa dan usia mendewasakan

Ilmu dan pengalaman mematangkan

Kita belajar dari perjalanan

Diarifkan praxis dan pergaulan


Kita sedar

Kemurnian cita hanya harapan

Rindu kemanusiaan kekal impian

Jika komitmen dikompromi

Jika ikhtiar ditangguhkan


(1999)

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti