Posted by Dr. Azizan Bahari |
Saturdayday, 03 July 2010 14:26
|
Ketika tahun umurku tiga cita-citaku ingin menjadi...Superman! .... .... MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD .... .... “Superman hanyalah rekaan pengarang .... .... berpakaian dalam dan terbang-terbang .... .... benarkah dia kaujadikan ikutan? .... .... kelak kau mati lompat bangunan.”
Dewasa sangkakan aku bodoh!
Ketika tahun umurku enam tetap cita-citaku ingin menjadi...Superman! .... .... MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD .... .... “tidakkah kausedar muslihat asing .... .... Superman itu sebenarnya pancing .... .... mestikah ‘hero’ berkulit putih, bermata biru? .... .... kelak Baratlah menjadi kiblatmu.”
Dewasa sangkakan aku bodoh!
Ketika tahun umurku sembilan Masih cita-citaku ingin menjadi...Superman! .... .... MEREPEK, kata orang dewasa, DIA TIDAK WUJUD .... .... “tugas kau belajar, kemudiannya bekerja .... .... menjadi kaya mendapat nama .... .... bukankah itu cita-cita bangsa? .... .... kelak kau akan matang juga.”
Dewasa sangkakan aku bodoh!
Wahai dewasa golongan penguasa jangan kerana kau sudah dewasa .... .... kaufikir dirimu benar sentiasa jangan kerana kumasih kecil .... .... kaufikir diriku berakal kerdil.
Aku bukannya budak hingusan bodoh yang mudah diceroboh fahaman hodoh atau dipengaruh kelakuan tak senonoh.
Cita-citaku ingin menjadi Superman .... .... bukan kerana dia “orang terbang” .... .... bukan kerana kukiblatkan Barat .... .... bukan kerana kubenci realiti namun kagumku hanyalah cuma .... .... pada usaha dan sumbangan bermakna .... .... dia yang tak pernah meminta-minta .... .... balasan nama, pangkat & harta!
SUPERMAN ITU WUJUD!
Dan dia sukar dilawan .... .... bukan kerana pantasnya memintas peluru .... .... tapi kerana ikhlasnya membantu insan yang perlu dia sukar dilawan .... .... bukan kerana gagahnya menggugah jentera .... .... tapi kerana tabahnya membela yang terabai, terdera dia sukar dilawan .... .... bukan kerana kuasa luarbiasa .... .... tapi kerana budi dan jasa.
Dia sukar dilawan kerana dia sukarelawan!
Oleh: Wira Budiman Azizan sempena Tahun Sukarelawan Antarabangsa
Diterbitkan dalam: Dewan Sastera, Dewan Bahasa & Pustaka (Jun 2008) |