Penghargaan (1998) |
Written by Dr. Azizan Bahari |
Saturday, 10 January 2009 03:23 |
Terima kasih! Kerana ilham dan fikiran Naratif, tafsiran Gerak dan sentuhan Untuk aku lebih menginsafi Lebih mengenal diri Dan kesementaraan ini
Selalu ghairah menatapmu Di kertas di kanvas Dari layar ke pentas Pada karya aneka bentuknya...
Tak jemu menjelajahi Daerah dan fantasimu Peribadi dan publikmu Dan aku mahu terus mendekati Selagi dapat menghayati
Terima kasih! Kerana menerbangkan aku jauh dan tinggi Membuka ruang, menyingkap dalam Hingga tersentuh nurani, tercuit imaginasi Memberikan kenikmatan Tiada bandingan Kau mewarnakan hari-hariku Mewajarkan masa berlalu Kau tak henti mencetus keinginan Merangsang pengembaraan Kau meruntun, menyayat Memukau Dan mengasyikkan
Waktu dan usiaku semakin singkat Untuk lebih mesra denganmu
(1998) |