Kehidupan |
Written by Dr. Azizan Bahari |
Wednesday, 05 May 2010 07:41 |
Betapa indah kehidupan Pelbagai warna Pelbagai ragam Kita tempuhi segala Senang derita Riang kecewa Lalu seakan tak mahu ke mana Biarpun syorga di sana Kerana inilah yang kita biasa Inilah yang nyata!
Namun Keuzuran sering berkunjung Kematian selalu mengingatkan Keupayaan diri Kudrat badan Sesekali terhumban terhimpit Antara kebebasan dan kepercayaan Sesekali terikat tersepit Antara kompromi dan rasionel
Apakah kehidupan? Apakah pengakhiran?
Kitakah bintang-bintang mengerdip Atau penjelmaan ajaib Kewujudan tiada titik?
Kitakah nanti berterbangan menyaksi Sambil riang menyanyi Dipeluk kenikmatan abadi?
(1997) |