Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Rontaan
Rontaan
Written by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 05 May 2010 07:37


Berapa lama

Fikiran harus menerawang

Dengan pagi-pagi indah berlalu hampa

Malam-malam damai sepi bisikan?


Berapa lama

Diri harus ditenteramkan

Sedang usaha terhenti

Hasrat dan keinginan terhalang?


Ah! Aku bagai kembara lesu

Kaki longlai untuk melangkah

Lidah kelu sukar berkata

Jari-jari berat mencatat rasa...


Tapi, apabila sesekali kubangun

Mataku memancar, hidung menghidu

Aku lihat angin menari

Aku bau harum hujan pagi!


Apabila sesekali kuberdiri

Aku laksana harimau terjerat

Mengauuummm

Merontaaaa

Suara menggegar rimba dan kota!


(1997)

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti