Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Persinggahan | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Persinggahan
Persinggahan
Written by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 05 May 2010 07:08


Bersabarlah

Dalam perjalanan ini

Di mana-mana jua pasti ada

Pohon-pohon rendang

Dan air jernih

Bagi persinggahan kita


Sudah lama di gurun ini

Bahang dan dinginnya menikam-nikam

Kulit nipis dan tulang-tulang rapuh kita

Langkahpun semakin perlahan

Seluruh tubuh keletihan


Mari!

Mari kita tinjau suatu dataran di sana

Untuk melepas lelah

Sambil saling berkisah


Alangkah indah jika ia di laluan angin

Dengan sekitarnya kehijauan melambai

Dan burung-burung berkicau?


(1995)

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday176
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week176
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4413
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139423