Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Kawan-Kawan Tersayang! (2007)
Kawan-Kawan Tersayang! (2007)
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 January 2009 03:37

 

Sudah kita lalui musim-musim berlalu

Jatuh bangun silih berganti

Persahabatan tetap hangat dan teguh

Tak tercabar dekad berlalu

Tak terhalang keadaan dan laku


Kini kita melewati usia-usia tua

Jarang bersua

Sukar berkongsi cerita

Tapi perjalanan diterusklan

Semangat dijulang


Kawan-kawan tersayang!

Kau manusia paling istimewa

Anugerah Tuhan dan alam

Kau teradun peradaban berzaman

Pemupuk nafas keinsanan

Penyebar kasih kemanusiaan


Setiap kehadiranmu menjernihkan suasana

Hingga kesulitan menjelmakan kesedaran

Himpitan mendorong ketabahan

Kesepian bertukar keriangan


Ah! Damailah kawan di senja-senja ini

Teguh dan senyumlah meski keuzuran

Jasa telah kau sumbangkan

Hidup tak disia-siakan

Budi kekal ke akhir zaman


(2007)

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti