| Saudaraku |
| Written by Dr. Azizan Bahari |
| Sunday, 24 July 2011 07:45 |
|
(Ingatan buat Muthu*)
Dari suatu kehidupan serba kesulitan Dibelenggu kemiskinan Cabaran dan ancaman Sebati kau bersama nasib pekerja Serta tawa-derita mereka Selamanya memperhambakan diri Penuh setia berani
Hari-hari yang panjang Dan malam-malam lewat Kau bekerja penuh keazaman Dalam bahasa caramu sendiri Kau lancarkan perjuangan Melawan kepalsuan Melawan penganiayaan
Saudaraku! Semangat citamu terpahat Di dasar hati Akan cuba diteruskan Meski sukarnya laluan
Selalu terbayang wajahmu Di setiap sudut ini Tegas melaungkan perpaduan Satu bangsa tiada perbezaan Satu langit tempat naungan
Saudaraku! Seperti kau yang lembut ketika riang Tapi serius pemarah kerana kerja Taiping yang kau tinggalkan itu Meskipun dingin Sewaktu-waktunya panas berhaba!
(Julai 1981) [* Maruthamuthu, seorang pemimpin pekerja yang gigih, terkorban dalam satu kemalangan jalanraya di Kamunting, Taiping] |






![]() | Today | 383 |
![]() | Yesterday | 330 |
![]() | This week | 1515 |
![]() | Last week | 1693 |
![]() | This month | 5464 |
![]() | Last month | 7900 |
![]() | All days | 117040 |