Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Merentasi Alam
Merentasi Alam
Written by Dr. Azizan Bahari   
Monday, 07 March 2011 02:18

 

Barangkali tiada wasiat atau kata akhir

Jika detik itu tiba bila-bila

Perjalanan kita tiada hujung

Persinggahan di merata

Yang teringat, termampu

Tercatat sudah

Yang lain dikendong sejarah

Kurang lebih, terimalah!


Usah dirisaukan upacara, kunjungan

Usah digundahkan apapun telahan

Tenangkan fikiran

Bebaskan perasaan

Apabila kasih merentasi alam

Kehadiran-kejauhan tidak relevan


Yang pergi, relakan

Yang di sini, teruskan!


(2005-2010)

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti