| Tak Mungkin |
| Written by Dr. Azizan Bahari |
| Monday, 07 March 2011 02:12 |
|
 Apalah kepuasan
Bagi sebuah kekerdilan?
Riang-duka ayah tak menukar keadaan
Jatuh-bangun tak meninggalkan kesan
Tak mungkin diluahkan segala
Walau sesekali didesak keinginan
Hidup kita perhitungan
Kawan dan kerja dalam pertimbangan
Tak mungkin diceritakan semua
Meski amat bermakna
Atau akan terasa kepuasannya
Kerana
Sebahagian kita bukan peribadi
Yang bebas lepas di luar diri
Perjalanan mesti diteruskan
Pelbagai usaha diteroka
Pelbagai kaedah dicuba
Riang dan resah kebiasaan
Kehidupan tetap diraikan!
(2011) |






![]() | Today | 383 |
![]() | Yesterday | 330 |
![]() | This week | 1515 |
![]() | Last week | 1693 |
![]() | This month | 5464 |
![]() | Last month | 7900 |
![]() | All days | 117040 |