Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Malam Kisah Kita (2006)
Malam Kisah Kita (2006)
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 January 2009 03:31


Terima kasih kawan-kawan

Terima kasih sanak-saudara

Malam ini malam istimewa

Malam dendangan “Kisah Kita”


Betapa sukar berbegini

Berkumpul, bercerita, berpuisi..

Kehidupan dan kerja membentuk peribadi

Tuntutan sekeliling menjarakkan diri


Betapa sukar untuk bersama

Membaca, melukis, menyanyi..

Kesibukan hidup menangguhkan kerinduan

Tekanan menafikan kemesraan


Ah! Amat bangga melihat kehadiranmu

Segala simplicity, kekekokan, keselembaan

Tertib menikmati persembahan

Menghibur jiwa lama ketandusan


Seni ini kekadangnya terasing

Begitulah segala yang mendekati keasyikan...

Ada fahaman meniup kesangsian

Namun, bahasa nan indah, kau tahu

Kata dan lagu menusuk kalbu


Moga di suatu malam lain

Di bawah awan berarak perlahan

Diiring angin bukit yang lembut

“Kisah Kita” kembali disambut!


(2006)

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti