Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Biar kutiduri malamku ini (1999) | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA SAJAK Biar kutiduri malamku ini (1999)
Biar kutiduri malamku ini (1999)
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 January 2009 03:29


Biar kutiduri malamku ini

(jangan siapa mengganggu)

Ingin kudengar bisikan angin

Dan sahutan unggas malam

Sebelum dilamun mimpi


Biar kutiduri malamku ini

(jangan siapa peduli)

Mahu kulepaskan tubuh ke awangan

Mengimbas kembali zaman manis kanak-kanak

Sebelum diganggu kilauan pagi


Ah! Mahu kudengar jantung berdenyut

Dan setiap pernafasan lega

Mahu kubebaskan keseluruhanku

Dalam lelap damai mesra


Biar kutiduri malamku ini

Dalam alunan merdu alam

Diselimuti dingin nan nyaman

Di bawah langit luas berbintang


(1999)

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday176
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week176
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4413
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139423