Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Setiap Hari Amat Berharga
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Tuesday, 01 June 2010 00:01

Setiap orang ada cara tersendiri memulakan dan menutup harinya. Saya memulakan hari-hari biasa dengan niat dan azam untuk menggunakannya sebaik mungkin. Rancangan harian, keutamaan (priority), perkara atau pengalaman baharu yang harus dipelajari atau diterokai dan sebagainya cuba diperhitungkan.

Ketika mula berehat di waktu malam saya mengimbas kembali beberpa perkara yang dilakukan atau dilalui sepanjang hari. Saya peringatkan diri tentang hal-hal penting -- kualiti pembelajaran-pendidikan, pengalaman serta sumbangan masing-masing -- kepada pembangunan diri saya, orang-orang terdekat, dan masyarakat umumnya (menurut perhitungan saya). Ini merupakan suatu bentuk rumusan tentang apa yang saya lalui itu.

Sebelum memasuki alam tidur sepenuhnya saya mengucapkan syukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada alam yang memberikan saya tenaga dan peluang untuk menikmati hari saya dengan bererti sekali. Saya berdoa untuk diberikan lagi kesempatan esok, dan bertekad untuk mempergunakan esok saya sebaik-baik dan sepenuhnya!

 

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday48
mod_vvisit_counterYesterday47
mod_vvisit_counterThis week48
mod_vvisit_counterLast week503
mod_vvisit_counterThis month291
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24342