Skip to content

Sukarelawan Malaysia

People's Story
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Tuesday, 01 June 2010 00:00

Semasa melawat Edinburgh, Scotland pada pertengahan 2007, saya dan keluarga terserempak dengan sebuah muzium kecil tetapi menarik – People’s Story (kisah rakyat). Ia muzium tentang kehidupan dan perjuangan kaum pekerja sejak zaman pra-industri sehingga kini..

Merenungi dan mengamati pamiran, rakaman, catatan dan segala artifak yang terkumpul di dalam muzium itu membuatkan saya begitu tertarik dan terpanggil untuk mencadangkan kepada kawan-kawan dalam gerakan kesatuan sekerja kita di Malaysia untuk berusaha mewujudkan sebuah muzium yang serupa di negara kita..

Tidak begitu sukar untuk mengadakan muzium sebegini. Kita boleh bermula secara kecil-kecilan dengan bahan-bahan – dokumen, gambar, sepanduk, pita rakaman, klip video, buku dan risalah, majalah, ukiran, catatan, dan sebagainya... Walaupun kecil dan simple, muzium mampu memberi kesedaran dan kefahaman tentang keadaan dan perkembangan kaum pekerja kepada pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Muzium seperti People’s Story juga suatu sumber inspirasi, suatu rekod sumbangan oleh aktivis dan generasi pejuang yang banyak berjasa kepada pembangunan negara kita, selain suatu khazanah bangsa yang tak ternilaikan.

 

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday49
mod_vvisit_counterYesterday47
mod_vvisit_counterThis week96
mod_vvisit_counterLast week533
mod_vvisit_counterThis month292
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24343