Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Kehidupan
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 05 May 2010 07:41

Betapa indah kehidupan

Pelbagai warna

Pelbagai ragam

Kita tempuhi segala

Senang-derita

Riang-kecewa

Lalu seakan tidak mahu ke mana

Biarpun syurga di sana

Kerana inilah yang kita biasa

Inilah yang nyata!

 

Namun

Keuzuran sering berkunjung

Kematian selalu mengingatkan

Keupayaan diri

Kudrat badan

Sesekali terhumban, terhimpit

Antara kebebasan dan kepercayaan

Sesekali terikat, tersepit

Antara rasionel dan kompromi

 

Apakah kehidupan?

Apakah pengakhiran?

 

Kitakah bintang-bintang mengerdip

Atau penjelmaan ajaib

Kewujudan tiada titik?

 

Kitakah nanti berterbangan menyaksi

Sambil riang menyanyi

Dipeluk kenikmatan abadi?

 

(1997)

 

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday69
mod_vvisit_counterYesterday200
mod_vvisit_counterThis week391
mod_vvisit_counterLast week533
mod_vvisit_counterThis month587
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24638