Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Rontaan
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 05 May 2010 07:37

Berapa lama

Fikiran harus menerawang

Dengan pagi-pagi indah berlalu hampa

Malam damai sepi bisikan?

 

Berapa lama

Diri harus ditenteramkan

Sedang usaha terhenti

Hasrat keinginan terhalang?

 

Ah! Aku bagai kembara lesu

Kaki longlai untuk melangkah

Lidah kelu sukar berkata

Tangan berat mencatat rasa…

 

Tapi,

Apabila sesekali kubangun

Mataku memancar hidungku menghidu

Aku nampak angin menari

Aku bau harum hujan pagi!

 

Apabila sesekali kuberdiri

Aku laksana harimau terjerat

Mengauummm

Meronta

Suara menggegar rimba dan kota!

 

(1997)

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday71
mod_vvisit_counterYesterday200
mod_vvisit_counterThis week393
mod_vvisit_counterLast week533
mod_vvisit_counterThis month589
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24640