Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Persinggahan
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 05 May 2010 07:08

Bersabarlah

Dalam perjalanan ini

Seperti selalunya

Di mana-mana jua pasti ada

Pohon rendang

Dan air jernih

Untuk persinggahan kita

 

Ya! Lama kita di gurun ini

Bahang dan dinginnya menikam-nikam

Kulit nipis dan tulang-tulang rapuh kita

Langkah semakin perlahan

Seluruh tubuh keletihan

 

Mari!

Mari kita tinjau suatu dataran di sana

Untuk melepas lelah

Untuk saling berkisah

 

Alangkah indah jika ia di laluan angin

Sekitarnya kehijauan melambai

Dan burung-burung berkicau?

 

(1995)

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday72
mod_vvisit_counterYesterday200
mod_vvisit_counterThis week394
mod_vvisit_counterLast week533
mod_vvisit_counterThis month590
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24641