Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Kecelikan
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Friday, 16 January 2009 03:57

 

Walaupun ketibaannya mendadak, kecelikan (being enlightened) bukan sesuatu yang tiba-tiba muncul di dalam diri, sebaliknya bertunas dari (pupukan) pendidikan, pendedahan, dan pengalaman yang punya latar dan sejarah istimewa tersendiri. Kecelikan suatu kebolehan (ability) atau kualiti diri terhasil daripada proses penerokaan, pertarungan dan perumusan yang berlangsung berulang kali dalam kehidupan. Kecelikan anugerah interaksi diri dengan persekitaran dan alam. Ia sebahagian proses pematangan diri yang turut dicirikan oleh ketajaman penglihatan dan pendengaran, keupayaan menganalisis yang tinggi, keghairahan pada dunia idea, etc….


Usah mengharapkan kecelikan atau “rasa terpanggil” atau “insight” tercetus dari sesuatu pertembungan (encounter), pengamatan atau penelaahan jika diri tidak atau kurang mendapat manfaat dari pupukan, proses pematangan dan interaksi yang berkualiti dan bermakna. Usah menyalahkan diri kerana keterbatasan pendedahan dan pengalamannya. Sebaliknya, berusahalah lebih gigih menimba pengalaman dan menggarap kekayaan fikiran; bagaikan dewi malam (mimpi), kecelikan akan muncul tanpa disangka!

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday48
mod_vvisit_counterYesterday47
mod_vvisit_counterThis week48
mod_vvisit_counterLast week503
mod_vvisit_counterThis month291
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24342