Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Kemanusiaan Merentasi Persempadanan
Posted by Dr. Azizan Bahari   
Friday, 16 January 2009 03:55

Dalam kehidupan manusia primitif, dengan perjuangan survival yang sengit, barangkali rasa kemanusiaan dan kesetiakawanannya sangat tinggi. Setelah berpecah mengikut puak dan kaum, membentuk kekuasaan dan wilayah, memahami kemewahan dan kenikmatan hidup, dan seterusnya belajar dan menjadi tamak serta rakus, maka rasa kemanusiaan sejagat itu harus bertembung dengan kepentingan diri dan puak. Maka meskipun rasa kemanusiaan dengan nilai-nilai seperti keamanan, kebebasan, keadilan, kedaulatan, dan kesejahteraan bersama itu masih hadir di tengah-tengah peradaban manusia, kemanusiaan ”sejagat” ini semakin menguncup dan mengambil bentuk wilayah dan puak yang relatif kecil.


Tetapi, meskipun puak dan wilayah berubah dan membenih perpecahan, rasa kemanusiaan tetap hadir mengingatkan kebersamaan (manusia)…. Itu agaknya mengapa perjuangan memartabatkan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk terus berbunga dan tersebar, dari kelompok-kelompok dan komuniti kecil ke pentas negara, merentasi sempadan politik, mempersenda peraturan dan protokol antarabangsa, dan terus-menerus mencabar hipokrasi dan kebiadapan kuasa-kuasa besar.


Kemanusiaan memberi rasa kudus dan keinsafan tentang kewujudan. Ah! Betapa kecilnya kita di tengah-tengah jagatraya… Betapa kekerdilan ini masih gagal menyedarkan dan menginsafkan kita…

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday68
mod_vvisit_counterYesterday200
mod_vvisit_counterThis week390
mod_vvisit_counterLast week533
mod_vvisit_counterThis month586
mod_vvisit_counterLast month3094
mod_vvisit_counterAll days24637