|
Laman web ini dinamakan Sukarelawan Malaysia sempena dengan kecenderungan dan keterlibatan pengasas-pengendalinya, Azizan Bahari dalam bidang kesukarelawanan (volunteerism). Laman web ini juga suatu penghargaan saya kepada para sukarelawan kita yang berkongsi atau menyumbang dengan gigih demi kesejahteraan bersama.
Melalui Sukarelawan Malaysia saya cuba menyemai semangat, pengetahuan, sikap dan penglibatan pembaca (yang berminat dan yang sedang terlibat) dalam kerja/khidmat sukarela agar melakukannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, serta secara yang sistematik dan berkesan. Walau bagaimanapun, di sini saya tidak mengambil (merekrut) sesiapa untuk menjadi sukarelawan dengan sebarang pihak, di mana-mana.
Selain artikel dan teks pembentangan tentang kesukarelawanan dan hal-hal yang berkaitannya saya juga memuatkan catatan/komentar berhubung pelbagai isu dan persoalan kehidupan hari-hari. Turut dimuatkan ialah sebilangan bahan visual seperti buku dan gambar, serta sajak/catatan puitis.
Salam hormat!
Azizan Bahari
Kangar, Perlis (Malaysia)
|
|