Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Sukarelawan Malaysia


Salam hormat!

Selamat datang ke laman web saya -- Sukarelawan Malaysia (sukarelawanmalaysia.com)!

Laman web ini suatu penghargaan saya kepada para sukarelawan yang menyumbang dengan gigih demi kesejahteraan bersama. Ia juga bertujuan menggalakkan perkembangan kesukarelawanan (volunteerism) yang lebih tersusun dan berkesan dalam masyarakat.

Untuk makluman pembaca, melalui laman web ini saya tidak mengambil (merekrut) sesiapa untuk berkhidmat sebagai sukarelawan.

Jika ada antara sdr/i pembaca yang berminat untuk terlibat dalam kerja/khidmat sukarela, atau ingin menjadi sukarelawan, maka eloklah sdr/i mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan dari pelbagai sumber yang ada seperti buku, internet, majalah, akhbar, pertubuhan sukarela dan sebagainya. Kerja atau aktiviti sukarela boleh dilakukan melalui pertubuhan/agensi sukarela atau dilakukan bersama rakan-rakan, keluarga, atau kumpulan sukarelawan. Yang penting ialah hasrat murni sdr/i untuk bersukarela, yakni berkongsi sesuatu dengan masyarakat.

Untuk menjadi sukarelawan sdr/i perlu mempersiapkan diri agar dapat melaksanakan kerja dengan baik dan teratur. Pastikan dahulu apakah bidang kerja sukarela yang ingin diceburi dan tentukan siapakah pihak sasaran sdr/i. Pengetahuan dan kemahiran-kemahiran asas yang berkenaan juga penting. Malahan, dalam konteks perkembangan masyarakat dan persekitaran kita sekarang, sukarelawan seharusnya berkualiti, yakni memahami masyarakat, bersikap positif dalam kerja, berada dalam keadaan bersedia untuk menyumbang, dan dapat berkongsi atau memberikan khidmat dengan lebih sistematik, cekap dan berkesan. Sumbangan sukarelawan juga seharusnya memberi manfaat kepada pihak sasaran.

Melalui laman web Sukarelawan Malaysia ini saya cuba berkongsi sedikit-sebanyak pandangan, ilmu, pengalaman, semangat, dan cita-cita bagi menggalakkan perkembangan sukarelawan yang demikian.

Selain artikel dan teks ceramah, saya juga memuatkan catatan, sajak, visual buku/risalah, dan sedikit gambar di sekitar kerja sukarela dan perjalanan saya untuk tatapan bersama.

Semoga sedikit-sebanyak yang dipaparkan di laman web ini memberi manfaat kepada kita bersama. Terima kasih, dan Selamat Bersukarela!

Azizan Bahari

 

Arkib

Aktiviti

Aktiviti

Meter Counter




mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday383
mod_vvisit_counterYesterday330
mod_vvisit_counterThis week1515
mod_vvisit_counterLast week1693
mod_vvisit_counterThis month5464
mod_vvisit_counterLast month7900
mod_vvisit_counterAll days117040