Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Pergi dan Terokailah
Pergi dan Terokailah
Written by Dr. Azizan Bahari   
Thursday, 23 September 2010 01:54

Pergi, dan terokailah! Pergi dan lakukan apa yang baik dan termampu dalam kehidupan yang singkat dan menarik ini. Pergi dan cipta, sumbang dan raikan…

Terokailah daerah-daerah yang kau inginkan, di mana tamadun sudah lama berkembang, di mana persoalan-persoalan asas (basic) sudah lama teruruskan, dan di mana cita-cita dan good life lebih pasti menjadi nyata. Usia muda tak semestinya menjanjikan kemewahan masa (the luxury of time). Jarak di antara kita lebih suatu mainan fikiran, sementelah kita sentiasa didekatkan oleh teknologi dan ingatan...

Pergi dan terokailah kehebatan dan keindahan yang ditawarkan alam dan ketamadunan! Bumi kecil ini sebuah padang luas untuk perkongsian semua. Segalanya mencukupi walaupun kita akur kejelikan dan kebodohan terus merusuh, merosakkan dan membataskan segala.

Idealisme dan good life bukan saling bertentangan. Kita masih bisa teguh dan meneruskan apa yang bermakna bagi diri dan, di samping itu, hidup berkualiti. Idealisme tidak semestinya dirasuk kebimbangan dan kepayahan, atau dibelenggu tekanan dan ancaman (seperti zaman muda-muda kami dahulu), apalagi jika ia sudah berakar atau membudayai diri, yakni menjadi sebahagian kehidupan.

Idealisme juga dapat dimanifestasikan di mana-mana (dan tentunya dengan aneka cara) bergantung pada intipati dan sasaran idealisme itu. Malahan, jika idealismemu itu berhubung dengan kemanusian dan kesejagatan, atau nilai-nilai perenial tertentu yang punya dimensi universal, maka dunia (malahan jagatraya!) itulah medan idealismemu diterjemahkan, dicambahkan.

Good life suatu keseimbangan (equilibrium) hidup yang diinginkan semua tamadun. Meskipun terdapat variasi dalam pengertiannya sepanjang sejarah (bergantung pada perspektif dan pandangan dunia si pentafsir), good life suatu kesejahteraan yang mampu dicapai oleh peradaban manusia. Ia suatu kemantapan diri, kestabilan yang memungkinkan kognitif bergerak seiring dengan spiritual, emosi, fizikal dan sosial.

Good life mengandaikan bahawa persoalan-persoalan asas (ekonomi) sudah terurus dan diri kini menghayati budaya tinggi yang sekaligus membuka ruang untuk idealisme berkembang dan mengharum, untuk self-actualisation, untuk penciptaan dan sumbangan, untuk posteriti... Dengan keterbatasan kita di sini, dan pilihan-pilihan yang kau ada di luar sana, mengapa good life harus ditangguhkan?

Seperti sering kita perkatakan, kita semua punya kehidupan sendiri untuk diteruskan. Kami sudah melalui sebahagian hidup kami, dengan cara dan keupayaan kami. Nah! giliran kau kini untuk meneroka, mencipta, dan meraikan.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti