Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Kuasa dan Masyarakat
Kuasa dan Masyarakat
Written by Dr. Azizan Bahari   
Thursday, 23 September 2010 01:51

Tak kira siapa atau gerombolan mana yang memegang tampuk kuasa, kita harus teguh dan tegas mempertahankan kebebasan dan keadilan bagi masyarakat luas. Kuasa (power) boleh melalaikan, boleh membuat orang menjadi sombong dan angkuh, atau lupa daratan. Sepanjang sejarah kuasa sering menjelma menjadi raksasa yang mengerdilkan penerajunya, menjadikan peneraju itu hamba yang terpaksa mengikut telunjuknya. Dalam kata lain, kuasa dilihat sebagai mampu menjana dirinya (reproducing itself)…

Acap kali kuasa ditagih atas nama kebebasan dan keadilan untuk kepentingan umum. Tetapi, acap kali jua, apabila kuasa di tangan, ia menguasai diri, dan kebebasan dan keadilan bagi masyarakat dilihat sebagai boleh menggugat kekuasaan dan sang berkuasa sendiri.

Demikianlah kumpulan, pertubuhan dan jaringan masyarakat lain harus berperanan memantau dan mengimbangi sang berkuasa. Pihak-pihak ini harus tegak dan gigih berdiri bersama masyarakat luas menjana dan membentuk sebuah masyarakat sivil yang dapat memastikan agar kuasa dikawal dan diagihkan bagi berkhidmat untuk kepentingan luas bersama

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti