Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Kesabaran Ada Batasannya!
Kesabaran Ada Batasannya!
Written by Dr. Azizan Bahari   
Thursday, 05 August 2010 01:04

Kadangkala kita sedar betapa kita amat prihatin dan bertimbang rasa terhadap orang. Kita menelan segala kepahitan dek kata-kata atau sikap dan kelakuan mereka. Kita menahan, cuba mengawal, dan menekan perasaan marah, kecewa, sedih dan kepiluan diri setiap kali berhadapan dengan keangkuhan, kesombongan dan kebiadapan mereka. Kita malah, memerah otak untuk mencari justifikasi dan rasionel bagi kata-kata, sikap dan kelakuan mereka itu, cuba memahami faktor-faktor yang mempengaruhi sikap dan tindak-tanduk mereka, lalu memaafkannya!

Sikap dan reaksi yang demikian tidak semesti dan selamanya baik dan wajar buat diri. Jikapun kita boleh “selamat” atau ”hidup terus” dengan cara demikian, ia mungkin perlahan-lahan memudaratkan kita akhirnya. Ia juga tidak semestinya suatu kemenangan yang wajar diraikan (dan dipertahankan) oleh mereka yang kita maafkan itu. Perasaan benar bagi sikap dan tindak-tanduk yang salah boleh membuat mereka lupa daratan dan lama kelamaan terhumban ke gaung kebencian.

Keperihatinan, timbang rasa dan kesabaran ada tujuan dan batasnya. Ia harus diteruskan selagi mampu ......memenuhi tujuan dan tidak menyeksakan diri kita. Sebaik ia mula mengancam diri, maka di situ ia harus dihentikan..

 

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti