Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Menghargai Diri
Menghargai Diri
Written by Dr. Azizan Bahari   
Thursday, 05 August 2010 00:57

Tiada siapa yang harus diharapkan untuk menghargai setiap niat, tindakan dan sumbangan kita. Kita sendiri orang pertama yang mengerti cetusan rasa dan perlakuan kita. Kita sendiri harus membuat diri kita berasa riang, puas dan berharga. Kita sendiri seharusnya memahami nilai diri serta makna perasaan dan perlakuan kita.

Kita tahu apa yang menyukakan diri, apa pula yang mengecewakan. Untuk itu kita wajar melayan diri kita sebaiknya. Kita wajar lebih peka, bertimbang rasa dan bersimpati dengan diri sendiri, bukan merajuk, kecewa atau marah-marah kerana mengharapkan orang lain untuk berbuat demikian.

 

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti