Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Berani Mengambil Sikap
Berani Mengambil Sikap
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 03 July 2010 03:05

Sewaktu-waktunya kita terpaksa berhadapan dengan isu, situasi atau kemelut yang memerlukan kita membuat keputusan. Kadang-kala terlalu sukar untuk sesuatu keputusan diambil kerana kesan dan implikasi daripada mana-mana keputusan berkenaan bakal mencetuskan beberapa isu dan masalah lain yang juga merumitkan. Namun, keputusan mesti juga dibuat, dan kita sering tiada pilihan lain…

Berhadapan keadaan ini keberanian diperlukan. Keberanian bererti yakin dengan keputusan yang akan diambil dan bersedia pula menghadapi risikonya. Keyakinan dan kesediaan menghadapi risiko di sini bererti memperhitungkan segala pilihan (option) yang ada, dan faham (jelas) tentang baik-buruk, kuat-lemahnya serta kesan-akibat setiap pilihan tersebut. Dan bagi mengetahui dan memastikan segala pilihan dan kesan-kesannya itu maka kita perlu menggunakan segala pengetahuan, pengalaman, kebijaksanaan dan sumber-sumber yang terdapat di sekitar kita... Keputusan yang dibuat itu suatu rumusan yang mencerminkan kemampuan diri kita.

Tiada suatu ukuran standard bagi menentukan ketepatan sesuatu keputusan yang dibuat. Ia bergantung pada situasi dan kemampuan diri. Keberanian juga sesuatu yang subjektif, dan akhirnya diri sendirilah yang wajar membuat huraian, rumusan baharu dan seterusnya tindakan lanjut dari keputusan mula tadi.

”Sekali dalam hidup orang mesti menentukan sikap. Kalau tidak, dia takkan menjadi apa-apa” demikian kata-kata Pramoedya Ananta Toer (pengarang tersohor Indonesia) melalui watak Nyai Ontosoroh di dalam novel Bumi Manusia. Kata-kata tersebut, walaupun diucapkan dalam konteks konflik keluarga dan tekanan psiko-emosi yang hebat, saya kira masih relevan bagi situasi dan kes-kes ”biasa” dalam kehidupan kebanyakan kita. Untuk maju, untuk meneruskan hidup dengan bermakna, kita harus berani mengambil sikap.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti