Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Seni, Filem dan Teater Bersama Syed Alwi
Seni, Filem dan Teater Bersama Syed Alwi
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 03 July 2010 02:58

Menurut Syed Alwi, penulis skrip dan pengarah teater terkenal kita merangkap Seniman Negara, pembikin-pembikin filem di Iran melihat filem sebagai alat menjana semangat kecintaan kepada negara dan meningkatkan maruah bangsa. Filem-filem mereka mementingkan mutu cerita dan kesan bermakna kepada khalayak.

Syed Alwi juga sering bercakap tentang filem-filem karya Kurusawa di Jepun. Beliau menginginkan filem-filem Malaysia merentasi kehidupan masyarakat Nusantara dan, ke arah ini, sempat berbincang dengan beberapa orang tokoh filem dan muzik Nusantara untuk menghasilkan suatu projek bersama. Saya masih ingat waktu-waktu bersantai dan minum-minum bersamanya di sekitar 1994-1996, beliau asyik berhujah tentang keperluan penubuhan sebuah Arts Council di Malaysia khusus bagi menggalak, menyokong dan membantu penghasilan karya-karya epik filem dan teater negara yang dapat dibanggakan....(saya menggesa beliau menyediakan kertas cadangan berkaitan yang akhirnya dikemukakan ke pihak atasan, namun nampaknya setakat itu sahaja nasib cadangan tersebut..)

Syed Alwi tidak jemu-jemu berhujah tentang keperluan mengangkat Bangsawan sebagai teater nasional (national theatre) Malaysia, sepertimana Jepun dengan Kabukinya. Dan berbagai-bagai idea lagi...

Sayang! Syed sudah pergi meninggalkan kita dengan tinggalan karya-karyanya yang bermutu, idea-ideanya yang menarik, dan impian-impiannya yang indah...

(* Syed Alwi Syed Hassan berasal dari Pondok Tanjong, Taiping. Beliau satu-satunya tokoh dan penggiat teater yang menulis skrip dan mengarah teater Melayu dan Inggeris. Antara karya beliau ialah Alang Rentak Seribu (1973), Tok Perak (1974), I Remember the Rest House (1992), dan Member of the Club (1994). Berpengalaman luas (di dalam dan luar negara), sentiasa gigih menimba pengetahuan, dan tekun menghasilkan karya-karya bermutu, Syed Alwi menerima Anugerah Seni Negara 2002. Beliau meninggal pada 30 November, 2008).

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti