Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Amalan Berfikir
Amalan Berfikir
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 April 2010 05:16

Buku-buku dan rencana sentiasa mengingatkan kita tentang potensi besar yang dimiliki otak.  Kita diingatkan agar lebih menggunakan otak atau keupayaan kognitif atau fikiran dalam pekerjaan, dalam perhubungan, dan dalam kegiatan dan kehidupan hari-hari.

Kegiatan berfikir jarang diamalkan oleh kebanyakan orang.  Dalam membaca atau menelaah sesuatu teks pun, orang tidak membiasakan diri berdialog, berhujah, berinteraksi dengan dan berfikir tentang bacaan itu.  Ini menjadikan pembacaan suatu kegiatan mekanikal yang gagal menghasilkan nilai tambahan yang sepatutnya.

Berfikir bukan membiarkan fikiran menerawang ke sana ke mari tanpa tujuan atau matlamat tertentu.  Berfikir bukan berkhayal atau bermimpi.  Ia suatu kegiatan sedar (conscious) yang seharusnya dilakukan secara tersusun untuk mencapai sesuatu rumusan atau keputusan tertentu.  Ia suatu kegiatan yang mesti diamalkan untuk memperbaiki diri, meningkatkan prestasi dan mutu kerja, menemui nilai-nilai baharu dalam tindakan dan kehidupan, memungkinkan diri lebih cekap, berkesan dan relevan…

Hari-hari harus disambut dengan kegiatan berfikir – merancang, menentukan keutamaan, memastikan pendekatan dan langkah-langkah yang harus diambil, membina keazaman, mewujudkan fokus dan sebagainya.  Dalam menjalankan kegiatan harian, serta sebelum tidur, orang  juga harus memberikan sedikit masa untuk berfikir, yakni merumuskan tindakan, mengambil iktibar dan menentukan sempadan, serta menilai diri (memberi pengiktirafan dan penghargaan) dan kepada usaha-usaha yang dilakukan.

Berfikir harus menjadi suatu amalan biasa dan penting dalam hidup!

 

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti