Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Usah Menyulitkan Diri
Usah Menyulitkan Diri
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 April 2010 05:14

Jika tidak dikawal maka pelbagai karenah yang kita lalui atau tembung setiap hari akan terkumpul, bertambah besar, menjadi lebih kompleks malah menjelma sebagai specter (hantu) yang mengganggu-mengacau hidup kita.  Akibatnya, kita tak berkeupayaan menjalani hidup dengan lebih selesa.

Permasalahan apa jua bagaikan asam garam kehidupan.  Kita harus mengurusnya, cuba menanganinya dengan bijak dan tenang, di samping tidak membenarkan diri dibebankan atau digugat olehnya.  Mengapa harus menyempitkan hidup dengan isu-isu remeh (trivial) dan menafikan diri peluang-peluang menarik, keceriaan, serta kemanisan lain yang beraneka dan pelbagai itu?  Mengapa isu-isu ini harus dibiarkan mengongkong dan terus merasuk diri?

Memang sesetengah isu atau permasalahan yang dihadapi agak sukar ditangani.  Ada yang tegar (persistent).  Cubalahlah juga mengendalikannya secara sesistematik yang mungkin dan, jika perlu, tanganinya beransur-ansur, bukan sekaligus.  Jika terlalu rumit juga, cuba dapatkan bantuan dan nasihat daripada sahabat, saudara atau mereka (kalangan inner circle kita) yang disenangi.  Tapi, dalam seluruh proses menganalisis, menilai dan menanganinya, sentiasa ingat bahawa hidup mesti diteruskan (life must go on) dan kita tidak boleh membenarkan diri diikat-dibelit lama-lama oleh apa jua isu atau permasalahan.

Tentu tidak adil bagi diri jika terus dibelenggu oleh (asalnya) pelbagai kerenah harian sehingga tidak berkesempatan mengecap bermacam-macam keindahan dan nikmat yang ada di sekeliling.  Kehidupan kita di jagatraya ini tentu lebih luas dan bererti daripada hal-hal sebegitu!

 

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti