Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Hidup Ini Singkat, Pergunakan Sebaiknya!
Hidup Ini Singkat, Pergunakan Sebaiknya!
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 April 2010 05:11

Apabila semakin berusia, lebih-lebih lagi jika keuzuran, kita akan lebih terasa betapa berharganya masa dan mengharapkan masih dapat bertahan untuk menikmati hidup yang indah dan menarik ini.  Kadang-kala kita merenung kembali zaman lalu kita: apakah yang telah kita lakukan? Bagaimanakah kita menjalani hidup? Apakah yang telah kita sumbangkan?  Apakah yang sepatutnya kita lakukan?

Kita melihat orang-orang muda yang ghairah hidup dan bertenaga menjalani kehidupan mereka.  Sesekali kita cuba bayangkan diri kita di tempat mereka.  Ah! Betapa banyak dan pelbagai yang ingin dan mampu kita lakukan!  Betapa jika kita diberikan peluang untuk memulakan hidup yang baru...!

Tokoh-tokoh yang dekat di hati seperti P.Ramlee, Sudirman Hj. Arshad, Nordin Ahmad, Ishak Shari, Marithamuthu dan ramai lagi insan-insan hebat dan berjasa meninggalkan kita ketika usia mereka relatif muda. Meskipun singkat, terlalu banyak atau bererti sekali sumbangan mereka.  Sebahagian mereka malah turut memberi makna dan menyemarakkan hidup kita.  Mereka segar di hati sanubari kita sebagai wakil (repesentatif) masa dan peristiwa, sebagai ikon generasi, sebagai penanda aras kerjaya dan pencapaian, sebagai bintang-bintang yang terus menyinar di langit zaman.  Kita membayangkan, jika berpeluang hidup lebih lama, mereka pasti dapat menyumbang lebih banyak dan besar ….

Mengingati mereka terasa amat betapa singkatnya hidup ini.  Mengingati mereka memberikan keinsafan dan keazaman untuk kita menggunakan setiap kesempatan yang ada ini sebaiknya!

 

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti