Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Antara Naluri Maut dan Naluri Hidup (Pengalaman keuzuran)
Antara Naluri Maut dan Naluri Hidup (Pengalaman keuzuran)
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 10 April 2010 05:07

Apabila lama-lama mengelamun dalam keuzuran dan keletihan, terasa betapa nyawa ini rapuhnya amat, boleh berkecai oleh sepuai angin lembut, atau berderai oleh kemilau fajar pagi… sedang manusia yang demikian gah barangkali sekadar penurut gerak accidental kosmos -- jahil tentang genesis, rabun tentang keupayaan dirinya…

Tetapi, bukankah kehidupan suatu himpunan kudrat maha agung? Di dalamnya membenih naluri kelangsungan yang tak mudah mengalah.....  Demikian, selagi jantung masih berdenyut, selagi semangat dan keghairahan masih mampu timbul dan mengapung di permukaan, maka panggilan maut (baca kelonglaian dan penyerahan) pun bagai bisa ditangguhkan... Di ketika itu kehidupan seperti telah bersepakat dengan setiap deria untuk terus bertahan meraikan kehadiran.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti