Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Perbezaan, Konflik dan Kebersamaan | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Perbezaan, Konflik dan Kebersamaan
Perbezaan, Konflik dan Kebersamaan
Written by Dr. Azizan Bahari   
Sunday, 21 March 2010 20:12

Kerana perbezaan perspektif hidup, seorang rakan remaja ketika itu (awal 1970-an) menyatakan bahawa mustahil ”kita” dapat bekerjasama dan hidup bersama ”mereka”. ”Kita dan mereka sangat berbeza”. Kerana perbezaan pegangan dan pandangan hidup maka kompromi awal, katanya, sukar bertahan dan lambat laun akan bertukar menjadi pergeseran yang tak mungkin didamaikan. Menurutnya, perbezaan pegangan atau pandangan hidup, ideologi, malah asas-asas nilai (lebih-lebih lagi yang berdasarkan agama dan sistem kepercayaan) sesuatu yang sangat fundamental yang memaksa setiap kita menjalani hidupnya sendiri. Demikian, menurut logiknya, perang menjadi suatu lumrah kehidupan yang sukar dihapuskan.

Benarkan pandangan dan sikap ini? Walaupun kata-kata itu tercetus ketika kami masih muda, masih bebas merayap sana-sini tanpa tanggungjawab mendesak terhadap keluarga, dan ketika bahang perdebatan ideologi (”perang dingin”) amat terasa, hati dan fikiranku menolaknya. Barangkali kerana tersemai dengan perspektif hidup yang lebih terbuka, lebih ghairah meneroka idea-idea ”baru” yang bercambah ketika itu, maka aku cenderung beranggapan bahawa hujahnya agak sempit. Walaupun akur dengan kerajinan dan ketekalannya (consistency) membaca aneka buku, jurnal dan majalah antarabangsa, aku terkesan sikap berat sebelahnya (bias) pada aliran-aliran tertentu yang barangkali menyempitkan pintu ijtihadnya, lalu menyumbang pada parokialisme dalam pandangan dan hujahnya.

Bukankah pertumbuhan dan perkembangan manusia akan sentiasa melahirkan perbezaan dan kepelbagaian (diversity)? Empayar dan tamadun besar dan perkasa bersilih ganti, namun perbezaan dan kepelbagaian tak bisa dihalang. Perbezaan harus diterima sebagai suatu hakikat kehidupan. Ia juga harus diurus dan ditangani secara matang dan beradab agar kehidupan dan perkongsian dapat diteruskan...

Kita tiada pilihan kecuali berkongsi kehidupan dengan orang. Kita perlu bertolak-ansur, di samping memupuk dan meningkatkan toleransi. Kita harus mencari dan menyuburkan kebersamaan (commonalities), mencipta gagasan dan program minimum, serta menangani perbezaan dan konflik secara bijaksana. Kita tak mungkin memilih kehidupan yang terus dihantui kebimbangan, ketakutan, igauan, paranoia.....

 

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday174
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week174
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4411
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139421