Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Fokus Dalam Kerja
Fokus Dalam Kerja
Written by Dr. Azizan Bahari   
Sunday, 21 March 2010 20:09

Setiap kerja memerlukan fokus atau tumpuan agar usaha-usaha kita terarah dan hasilnya menyerlah. Bekerja tanpa fokus bagaikan daun yang hanyut di air atau melayang ditiup angin.

Sebagai contoh, saya sering mendengar rakan merungut tentang kegagalannya menghasilkan sesuatu rencana atau artikel. Dia tidak menerbitkan sebarang karya walaupun punya syarat-syarat asas untuk itu (seperti pengetahuan dan idea, bahan-bahan penulisan, kebolehan berhujah/mengulas dan mengarang, keupayaan menganalisis, dan sebagainya). Apabila diteliti saya dapati, antara lain, kegagalannya itu disebabkan dia tidak mempunyai fokus dalam kerja penulisannya. Fikiran, semangat dan tenaganya tidak ditumpukan kepada usaha menulis dan menghasilkan rencana tersebut, tetapi menerawang atau disibukkan oleh hal-hal lain. Tiada sense of urgency dalam dirinya untuk menulis. Bila diperingatkan tentang sesuatu projek penulisan dia muncul dengan pelbagai alasan, dan berlakulah penangguhan demi penangguhan tanpa sesuatu yang konkrit terhasil. Pepatah yang menyatakan procrastination is the thief of time (penangguhan itu pencuri masa) juga wajar dijadikan peringatan di sini.

Kerja apapun memerlukan fokus. Fokus memberi implikasi keutamaan (priority) untuk dibezakan dengan kegiatan-kegiatan atau aspek-aspek pekerjaan lain yang kurang penting. Fokus suatu pendisiplinan diri. Untuk berkesan atau berhasil dalam kerja, fokus dimestikan.

 

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti