Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Menyemai dan Menyuburkan Minat | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Menyemai dan Menyuburkan Minat
Menyemai dan Menyuburkan Minat
Written by Dr. Azizan Bahari   
Sunday, 21 March 2010 19:58

Mengapa menghadkan diri pada satu dua minat dan tidak mempedulikan kemungkinan-kemungkinan lain? Apakah keinginan dan kemampuan diri begitu terbatas? Bukankah kehidupan suatu kepelbagaian yang membuka luas ruang penerokaan? Bukankah penerokaan suatu usaha penemuan diri yang dapat memberikan nilai dan menambahkan makna pada kehidupan?

Kita hadir dengan segala naluri, pancaderia, kebolehan ..., dan setiapnya bisa bercambah dan berkembang tanpa kita terbayangkan batasan dan rangkumannya. Jika diamati, ternyata dalam kehidupan hari-hari kita pun, kita mempunyai dan menguasai berbagai-bagai kemahiran, kebolehan dan keupayaan. Kita mampu memegang pelbagai peranan serentak dan melaksanakan aneka tugasan. Diri kita amat berpotensi. Jika diberikan peluang ia boleh menonjol dan menyerlah.

Seperti hal-hal lain dalam kehidupan, minat atau kecenderungan perlu diterokai. Orang barangkali tidak menyedari keupayaan dirinya kecuali dia berusaha mencari dan memahaminya. Atau, orang mungkin sengaja memperkecilkan kemampuannya, dan dengan itu menafikan diri menikmati kekayaan dan kerencaman hidup ini...

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday174
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week174
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4411
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139421