Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Pemergian | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Pemergian
Pemergian
Written by Dr. Azizan Bahari   
Friday, 31 July 2009 05:11

(Catatan seketika selepas menerima berita pemergian seorang pejuang rakyat)

 

 

Kau pergi saudara, meninggalkan keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan yang masih memerlukan sumbangan dan khidmatmu. Kau pergi kerana nyawa itu amat rapuh, dan maut sudah melambai…


 

Pemergianmu mempersoalkan kehadiran kami di sini -– segala tekad dan usaha, segala hasrat dan sumbangan –– sejauh manakah terhasil, setakat manakah memberi kesan….?


 

Pemergianmu memaksa perenungan -– bagaimana hidup ini diuruskan, kesihatan dan ketahanan, keinginan dan keupayaan…? Apakah keghairahan membuatkan kita leka, sehingga terbatas masa untuk diri fizikal yang memungkinkan perkongsian dan pengkaryaan itu? Apakah tuntutan kerja demikian mencengkam, dan kita hanya harus terus membakar dan mencerahkan bak lilin?


 

Hidupmu ternyata singkat, walau ”singkat” itu relatif. Namun, berbanding hidup lama yang sia-sia tentulah yang singkat tapi terpenuhkan itu lebih bermakna. Hidupmu singkat sdr, kerana dengan kemajuan peradaban kini kita seharusnya mampu bertahan lebih lama (kecualikan atas sebab-sebab yang belum dikenalpasti/terdiagnosis atau terkawal oleh ilmu pengetahuan dan teknologi kini). Tapi, dalam singkat itu kau sempat dan berupaya menyumbang sesuatu yang berharga dan menjadi ingatan kepada kami semua, sekaligus memaknakan kehadiran singkatmu. (Betapa ada mereka yang hidup jauh lebih lama tetapi terus-menerus mencetuskan kekeliruan dan ingatan-ngatan yang mengecewakan, menimbulkan kemarahan, rasa pedih dan meresahkan orang lain…!)


 

Kehadiran dan pemergian tetap bersilih ganti kerana itulah hukum alam. Terancang atau kebetulan, kita harus menerimanya.


 

Pemergianmu juga meninggalkan cabaran untuk kami membuat perhitungan -– kerja, mutu dan tahap pencapaian, kesungguhan, kegigihan…. Setiap kami harus mempersoalkan semua itu.

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday174
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week174
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4411
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139421