Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Perubahan Memakan Masa
Perubahan Memakan Masa
Written by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 25 March 2009 04:09

Perubahan memakan masa… Ini suatu kenyataan yang kebanyakan kita terima sebagai benar, tetapi sukar untuk menghayatinya. Kita akur bahawa proses pendidikan, kesedaran dan perubahan masyarakat memakan masa; seringkali melampaui usia dan generasi. Tetapi, dalam amalan kerja, kepemimpinan, dan kehidupan hari-hari, kebanyakan kita tidak sabar mengharapkan perubahan berlaku cepat, dan menjadi marah, malah kecewa apabila yang sebaliknya berlaku.


Ekoran atau kesan daripada itu, kita mungkin meneruskan kerja, kepemimpinan atau kehidupan dengan cara “seadanya” (ala kadar), atau berundur, atau memencilkan diri daripada gagasan dan projek perubahan tadi, walaupun pada mulanya kita sendiri amat ghairah dan aktif. Kedua-dua sikap dan tindakan tersebut tidak syak merugikan masyarakat dan tamadun umumnya.


Perubahan, apalagi jika ia menongkah arus, memang sukar dicapai. Perubahan yang dikemudikan dengan kaedah (methode) yang inferior berbanding dengan apa yang dipraktikkan oleh mereka yang berkuasa tentu lambat berjaya, malah mungkin gagal sama sekali. Perubahan yang kurang mendapat input idea dan perspektif, kreativiti, dan upaya tenaga baharu yang berpotensi juga tidak mungkin terlaksana dengan lancar dan berkesan.


Perubahan memakan masa, dan orang harus terus sabar dan cekal mengusahakannya.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti