Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Pengembaraan | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Pengembaraan
Pengembaraan
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 14 February 2009 04:07

Lawatan, pekerjaan, kehidupan di tempat orang, atau pengembaraan suatu pengalaman hidup yang amat berharga.  Ia membuka diri pada kepelbagaian manusia dan persekitarannya – pada resam dan cara, pada seni dan budaya, pada iklim dan lanskap, pada tumbuhan dan hidupan, pada pencapaian tamadun dan warisan, pada aneka kelainan, keunikan…

Pengalaman kembara tidak mungkin dapat disamakan dengan suatu pembacaan atau rujukan, tontonan di media, atau gambaran dan cerita orang.  Ia juga tidak mungkin disamakan dengan apa yang tertangkap oleh lensa kamera, dipuisikan, atau dilukiskan.  Pengalaman kembara suatu keistimewaan yang unik, suatu interaksi holistik antara diri dengan seluruh persekitaran. Ia melebarkan pintu hati, merangsang minda, meluaskan horizon pandangan, mencabar pelbagai fakulti dan deria diri, selain memberi kepelbagaian dan warna-warni kepada kehidupan.

Pengembaraan, walaupun singkat, memperkayakan hidup dengan pelbagai penemuan. Ia mengajar erti kekayaan serta kerencaman alam dan tamadun manusia, dan dengannya menginsafkan diri di tengah-tengah samudera dan rimba kehidupan ini.  Ia mendidik makna kepelbagaian dan kelainan, dan dengannya, toleransi dan kerjasama demi kelangsungan dan perkongsian bersama.

Pengembaraan suatu kesempatan untuk melepaskan diri bebas dari rutin harian dan kongkongan kebiasaan.  Ia juga peluang untuk bertafakur, melakukan muhasabah diri, merumuskan perjalanan, dan membina keazaman dan tekad baharu.  Pengembaraan suatu nikmat dan keperluan hidup yang sangat bermakna.

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday174
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week174
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4411
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139421