Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Cabaran dan Tekad
Cabaran dan Tekad
Written by Dr. Azizan Bahari   
Saturday, 14 February 2009 04:05

 

Kita temui penulisan sebagai suatu sumbangan diri, suatu saluran perkongsian idea dan pengalaman untuk perubahan, suatu cita-cita pengayaan khazanah bangsa daripada suatu generasi yang menarik.

 


Kita tekad dengan genre semi-popular – berdiri di antara dunia akademia yang kaku dan membosankan, dan dunia pasaran yang hambar dan mendatar. Kita mensasarkan kalangan aktivis dan pimpinan masyarakat, serta khalayak umum kerana di situlah tergabung dan terjananya dinamika hebat untuk sebarang transformasi sosial.


Jadi, meskipun dikelilingi manusia akademik, dibelenggu persekitaran dan nilai-nilai mereka, kita tidak harus meredakan keghairahan menulis dalam bahasa, bentuk dan cara kita … Kita bukan mereka yang perlu menghitung soal kenaikan pangkat (berserta ganjaran, aneka elaun dan kemudahan, dan pencen), disibukkan dengan fail-fail ISO (walaupun terpaksa juga bergelut dengannya!), membayar yuran (!) untuk membentangkan/berkongsi hasil kajian di seminar atau persidangan, memetik atau menyalin himpunan data dan gagasan dari lambakan buku dan jurnal di perpustakaan, atau menghitung pujian pihak atasan dan pengiktirafan rakan profesional…


Kita menulis untuk memaknakan kehadiran diri di tengah-tengah kehidupan, untuk menyumbang, untuk suatu kepuasan kecil…. Diiktiraf atau tidak, diterima menjadi pra-syarat penganugerahan pangkat dan gelaran atau tidak, bukan preoccupation kita.


Cabaran kita: menghasilkan karya yang relevan dalam membantu usaha pemerkasaaan rakyat melalui para aktivis dan pemimpin mereka. Tekad kita: cuba menggunakan anugerah dan keupayaan terbatas pada diri sebaiknya untuk kepentingan bersama.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti