Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Antara Bentuk dan Isi
Antara Bentuk dan Isi
Written by Dr. Azizan Bahari   
Friday, 16 January 2009 04:02

 

 

Kata-kata, percakapan, lagak, cara, bahasa badan, gaya atau stail, suara, persembahan, penampilan, keterampilan, semua itu antara bentuk-bentuk (form) yang mewakili kita di depan orang atau khalayak. Semua itu tidak sukar dikuasai dan dengannya orang bisa mudah menerima, senang, selesa, suka, malah terpukau dengan kita, atau juga sebaliknya.



Betapapun hebatnya bentuk, perhubungan dan interaksi dengannya sahaja tidak membawa kita jauh ke mana. Ia perhubungan mendatar (superficial) yang tak mampu mengerobek, menjolok-jolok, menguis dan mengusik, atau mencabar potensi dan keupayaan daya fikir orang. Ia tak mampu memberikan pengajaran, kefahaman, pengertian, atau rumusan yang dapat membantu menyuluh ruang-ruang gelap kehidupan.



Selain bentuk, kita memerlukan isi (substance), kandungan, idea, persoalan, materi, atau inti pati (essence)…dalam perhubungan dan interaksi. Isi mewakili dalaman kita, menggambarkan tinggi-rendahnya akal budi dan pencapaian hidup. Isi melengkapkan kehadiran kita.



Bentuk-bentuk hebat mudah kita ketemui – di pentas-pentas forum, ceramah, kursus dan bengkel; di mimbar khutbah; di rapat umum; dalam program motivasi; dalam slot-slot ”selamat pagi” dan talk shows di televisyen; dalam kuliah dan syarahan. Ia paling lumrah dan murah. Ia melucukan, juga kekadangnya, mempersendakan intelek dan kebijaksanaan kita. Ia kelihatan unggul, ayu dan hebat, namun, seperti dibayangkan di atas, bentuk (meskipun memukau) tak mampu membawa khalayak ke mana-mana. Ia amat memerlukan isi atau
intipati.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti