Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Idealisme
Idealisme
Written by Dr. Azizan Bahari   
Friday, 16 January 2009 04:00

Idealisme ialah keinginan, harapan, cita-cita, atau panggilan kepada sesuatu yang murni dalam kehidupan. Idealisme bertunas dan bercambah dari nilai-nilai perenial sejagat yang terus bertahan meskipun mengalami pasang surut akibat kegawatan dan keserakahan sistem dan pemerintahan.



Diterjemahkan dalam tindakan, idealisme bisa menjadi suatu tenaga hebat yang mampu menggugat kuasa dan keangkuhan. Di tangan penggerak yang bijaksana dan rakyat yang sedar dan cekal, idealisme bisa mengakhiri dunia lama dan memartabatkan manusia.



Idealisme justeru harus menjadi sebahagian intipati pembangunan insan, khususnya dalam kalangan generasi muda. Relatif bebas daripada kongkongan dan diktat kepentingan peribadi, generasi muda juga sedang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan fizikal-mental-emosi yang melonjak-lonjakkan naluri pencarian diri – jati diri dan identifikasi diri – yang memungkinkan idealisme ditemui (diketemui). Idealisme yang kudus, yang sentiasa membisikkan makna, yang merangsang tindakan, dan yang menunjuk arah perjalanan kehidupan tentunya berupaya menjadi sebahagian yang integral dengan diri, sehingga melampaui ke usia-usia dewasa.



Ternyata idealisme suatu benih dan potensi kemanusiaan yang amat berharga. Ia hadir di mana-mana, bila-bila… Namun, seperti angin yang berlalu, ombak yang berhempas atau cahaya suria yang kuat – meskipun sarat dengan tenaga raksasa — ia hanya tinggal sia-sia jika tidak dipedulikan.

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti