Kecelikan |
Written by Dr. Azizan Bahari |
Friday, 16 January 2009 03:57 |
Walaupun ketibaannya mendadak, kecelikan (being enlightened) bukan sesuatu yang tiba-tiba muncul di dalam diri, sebaliknya bertunas dari (pupukan) pendidikan, pendedahan, dan pengalaman yang punya latar dan sejarah istimewa tersendiri. Kecelikan suatu kebolehan (ability) atau kualiti diri terhasil daripada proses penerokaan, pertarungan dan perumusan yang berlangsung berulang kali dalam kehidupan. Kecelikan anugerah interaksi diri dengan persekitaran dan alam. Ia sebahagian proses pematangan diri yang turut dicirikan oleh ketajaman penglihatan dan pendengaran, keupayaan menganalisis yang tinggi, keghairahan pada dunia idea, etc….
|