Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
Langka | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

Langka
Written by Dr. Azizan Bahari   
Friday, 16 January 2009 03:53

Kuah membangun kasar, hingga angin laut pun enggan bertiup! Begitu mesejku kepada beberapa orang kawan sebaik tiba dan mencari sudut untuk minum di Kuah. Seperti biasa, pembangunan (mereka) bererti penghapusan tinggalan sejarah dan warisan budaya. Pembangunan bererti pemusnahan akar dan persekitaran yang menghidupkan jatidiri kita, lalu kita digesa mencari dan meneguhkan “jatidiri baru” ….


 

Kalau boleh, sungai kecil dan muara tempat berlabuh perahu nelayan-nelayan kecil itupun mahu ditimbus dan diratakan… di atasnya mahu dibina pavement atau ruang-ruang niaga moden dengan cahaya aneka warna menghiasi malam… Itulah erti resort pelancungan bagi mereka. Itulah ilusi piawaian antarabangsa dan ”daya tarikan” pengunjung bagi mereka.


 

Mujurlah, meskipun dengan kegelojohan dan mediokriti yang sama, Pantai Chenang masih mesra menyambut kami. Pantai berpasir putih dengan alun-alun gigih serta angin lembut ini masih menjanjikan ketenangan, lebih-lebih lagi ketika gelap malam apabila kita bisa bebas baring di pasir menikmati kehadiran laut dan panorama awan dan bintang-bintang… di sini kita masih bisa minum-minum dan melepaskan fikiran dan perasaan menerawang, atau sesekali kembali menangkap kepandaian olahan dan kelucuan karya Kendura, atau keindahan bahasa dan khayalan Gibran…


Namun, kita jua tidak pasti sampai bila Pantai Chenang akan terus semesra ini….

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday173
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week173
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4410
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139420