Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN Mengurus Kebebasan
Mengurus Kebebasan
Written by Dr. Azizan Bahari   
Tuesday, 27 December 2011 20:04

”Kebebasan” di sini bererti tiada ikatan formal dengan kerja dan birokrasi, selain tak perlu mengikut rutin untuk menyara kehidupan. Kebebasan ini bererti diri yang menentukan jadual harian sepenuhnya --  harus mengisi ”kekosongan” yang tiba-tiba hadir di sisi diri, harus dapat bertahan daripada kebosanan, harus berupaya memaknakan tindakan..

Mampukah diri menjalani kehidupan tak berstruktur, tanpa tuntutan rasmi sesiapa, tanpa janji temu yang mendesak, tanpa mesyuarat yang dipanggil pada bila-bila, tanpa acara yang wajib dihadiri...?  Akan mampukah diri bangun dan bersedia di awal pagi, lalu ghairah memenuhi siang, dan sebelum tidur mencongak-congak cabaran di esok hari?

Kebebasan menyediakan ruang luas untuk bacaan dan pengkaryaan, bersantai dan berbual, berkebun dan berjalan, meninjau tempat-tempat dan persekitaran, berbengkel dan berdialog...

Betapapun karenah organisasi, ia mengatur perjalanan, menentukan disiplin, dan menagih produktiviti. Betapapun sebuah kongkongan, selain menjanjikan rezeki, ia tetap mencabar kreativiti, mendorong sumbangan, dan merelevankan diri.

Maka demikianlah pertentangan ini berlarutan -- kongkongan lawan kebebasan, kebosanan lawan penghasilan...

Jika kebebasan ini tiba, mampukah ia diuruskan?

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti