Warning: trim() expects parameter 1 to be string, array given in /home/sukarela/public_html/v1/libraries/joomla/html/parameter.php on line 83
HANYA PADA NAMA DAN BENTUK | Sukarelawan Malaysia
Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA CATATAN HANYA PADA NAMA DAN BENTUK
HANYA PADA NAMA DAN BENTUK
Written by Dr. Azizan Bahari   
Wednesday, 05 January 2011 01:35

(Sempena imbasan The Art of War dan bacaan semula The Prince)

Berzaman lamanya, beribu tahun dalam sejarah manusia, kita diperikan tentang percaturan politik, pengintipan, penaklukan dan penguasaan... Kita diimbaskan perihal maharaja dan pemimpin agung bercita-cita besar, mahu menguasai benua dan dunia, dan atau mahu diingat selama-lamanya...

Kita digambarkan panglima dan hulubalang besar – terkenal dan digeruni – merangka strategi, mengatur gerak, berkubu dan menyerang. Dan perihal pengikut – para patriot, pejuang dan bala tentera – yang penuh rela memperhambakan diri, sedia bertempur, sedia berkorban dengan mimpi enak syurga dan kesenangan yang bakal dinikmati di kesudahan pertarungan nanti.

Begitulah dinasti demi dinasti, empayar demi empayar, kesultanan demi kesultanan, perang demi perang beribu tahun lamanya... Pengorbanan dan kemusnahan bersilih ganti menyebati kehidupan. Penderitaan-kesengsaraan lumrah peradaban.

Apapun justifikasi atau rasionelnya, tidak banyak yang berubah sehingga kini, kecuali barangkali pada nama dan bentuknya. Jika roh segala raja perang, hulubalang dan rakyat jelata dahulu kala itu kembali merayap dan berterbangan di atmosfera kita kini maka mereka pasti ketawa besar atas kebebalan, kebodohan dan kegilaan yang tak banyak berubah itu... Manusia masih belum bertamadun tinggi untuk mampu membebaskan dirinya daripada naluri jahat dan tabiat pemusnah yang menghancurkan apa yang diterokai dan dimilikinya...

 

Aktiviti

Aktiviti
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday171
mod_vvisit_counterYesterday184
mod_vvisit_counterThis week171
mod_vvisit_counterLast week1664
mod_vvisit_counterThis month4408
mod_vvisit_counterLast month5675
mod_vvisit_counterAll days139418