Patriotisme dan Kesukarelawanan: Sikap dan Peranan Pelajar |
Written by Dr. Azizan Bahari |
Saturday, 07 August 2010 22:52 |
Oleh: Azizan Bahari
APAKAH ERTI PATRIOTISME? Patriotisme sering difahami sebagai:
FAKTOR-FAKTOR YANG DAPAT MENYUMBANG KEPADA PATRIOTISME
KESUKARELAWANAN DAN PATRIOTISME
SIKAP DAN PERANAN PELAJAR
- Pelajar selaku golongan cerdik-pandai dalam masyarakat mempunyai peranan, pengaruh dan tanggungjawab sosial tertentu; bayangkan kesan terhadap masyarakat jika tenaga yang besar dan penting ini digemblengkan melalui aktiviti/program patriotik… - Pelajar institusi pengajian tinggi juga dilihat sebagai role model oleh golongan remaja belia. Sikap dan tingkah laku pelajar, termasuk dalam hal-hal patriotisme, mudah menjadi contoh atau ikutan remaja belia. - Dalam banyak masyarakat, pelajar yang prihatin dan melakukan kerja-kerja bagi kepentingan luas dianggap dan diterima sebagai kata hati, atau conscience, atau jurubicara masyarakat.
Antara yang boleh dipertimbangkan ialah: - Menjalankan kegiatan-kegiatan (seperti kesenian, intelektual/keilmuan, sosial, dan lain-lain) yang boleh meningkatkan kesedaran pelajar tentang sejarah, tanahair, perjuangan bangsa, pengorbanan generasi-generasi sebelumnya, pencapaian-pencapaian bermakna masyarakat dan negara dalam proses pembangunan sehingga kini, dan sebagainya. - Menganjurkan aktiviti dan program secara usahasama dengan komuniti yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dan mengintegrasikan diri dengan komuniti, dan seterusnya belajar menjalin keakraban serta mengidentifikasikan diri dengan masyarakat luas. - Menggalakkan pelajar agar aktif mengikuti, berbincang dan memberikan pendapat, serta peka terhadap perkembangan-perkembangan semasa yang menyentuh kepentingan bangsa dan watan serta masa depan bersama. - Memberi ruang kepada pelajar untuk memanifestasikan patriotisme dalam pelbagai bentuk (simbolik dan bermakna) – pamiran, rapat umum, perbarisan, majlis peringatan (mengenang jasa dan sumbangan tokoh), acara penghargaan, dan sebagainya. - Menggabungkan niat dan amalan (tindakan). Patriotisme suatu penghayatan-penglibatan, bukan sekadar kesedaran, kefahaman atau apa yang menggelegak di realm perasaan sahaja. Amat diperlukan ialah amalan (practice) atau tindakan patriotik. Walaupun niat penting, tetapi ia belum cukup (apalagi menentukan) jika tanpa amalan… - Pelajar memainkan peranan aktif dan mengambil tanggungjawab -- tidak sekadar selaku pengikut, pelaksana, penyokong, apalagi pemerhati sahaja. - Penyusunan/pengorganisasian – get organised! – harus menyusun dan bergerak melalui pertubuhan/persatuan pelajar, atau gerakan sukarela yang merupakan gelanggang latihan yang subur dalam proses pendewasaan, bukan bersendirian tanpa komitmen dan penglibatan kolektif.
- Sikap, pendirian dan tindakan oleh persatuan /kelab pelajar berhubung isu-isu patriotisme? - Mengusahakan pelbagai produk ilmu untuk tujuan mendidik dan merangsang patriotisme. - Menjalin jaringan/rangkaian (networking) dengan rakan-rakan di kampus-kampus lain – dekat dan jauh – untuk tujuan sama. - Membentuk kerjasama/persepakatan dengan agensi, badan sukarela dan pihak-pihak lain yang sesuai. - Menjadikan patriotisme suatu projek penting kemahasiswaan. Di sini, barang diingat, projek patriotisme berkenaan harus digerakkan dan dipopulerkan secara kreatif, menarik dan bermakna dengan mengambil kira kecenderungan dan selera semasa pelajar, bukannya cara-cara klise (cliché) dan propagandistik ala media massa yang boleh cepat menimbulkan kebosanan, malah penolakan pelajar.
RUMUSAN
Terima kasih!
* Asalnya nota ceramah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia.
Baca juga: 1. Azizan Bahari. (2005). Kesukarelawanan dan patriotisme. Dlm. Menghayati kerja sukarela. Petaling Jaya: Qarya Sdn.Bhd. 2. Azizan Bahari. (2004). Generasi muda dan patriotisme. Dlm. Azizan Bahari. (Ed.). Generasi muda menangani cabaran. Petaling jaya: Qarya Sdn.Bhd
|