Menjadi Pekerja Sosial |
Written by Dr. Azizan Bahari |
Saturday, 10 July 2010 18:52 |
Nota ceramah Azizan Bahari kepada pelajar-pelajar Program Pengurusan Kerja Sosial (UUM)MENJADI PEKERJA SOSIAL(Becoming a Social Worker)
PENGENALAN
Kerja sosial (social work) ialah suatu profesion perbantuan (helping profession) -- membantu individu, kelompok dan masyarakat dalam kefungsian sosial mereka; bekerja dengan klien melalui intervensi berasaskan/berdasarkan teori-teori, teknik-teknik serta kemahiran yang terus diperkayakan dari semasa ke semasa melalui amalan, pengalaman, kajian, dan sebagainya.
Kerja sosial juga suatu bidang pekerjaan dan amalan (practice) yang cuba mendidik, menggalakkan dan memperkasakan masyarakat (termasuk individu, kelompok) agar terlibat aktif dalam perubahan bagi kesejahteraan bersama.
Kerja sosial dikatakan suatu bidang kerjaya profesional kerana memenuhi kriteria tertentu seperti berikut:
Walau bagaimanapun, perlu disedari bahawa sekarang ini kesukarelawanan atau bidang kerja sukarela juga menekankan aspek-aspek kemahiran dan kepakaran tertentu; kerja sukarela juga menuntut suatu sistem latihan dan pengurusan yang sistematik, di samping menggalakkan budaya kerja yang lebih profesional dalam kalangan sukarelawan dan mereka yang terlibat dalam sektor sukarela agar dapat berkongsi dan memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat dan kumpulan sasaran.
SKOP DAN PROSPEK KERJA SOSIAL
Skop kerja sosial sangat luas dan terus berkembang, antaranya: Pembangunan Komuniti; Keluarga; Kanak-Kanak dan Remaja; Belia; Golongan Marginal; Pentadbiran/ Pengurusan; Golongan Kelainan/Kurang Upaya; Wanita; Keluarga; perkhidmatan di Sektor Perburuhan/Pekerja dan Industri; Sumber Manusia; Kerja Sosial dengan Pelarian/Pendatang/Imigran/Golongan Minoriti yang terpinggir; Kerja Sosial di Sekolah; Orang Asal/Asli; Organisasi; Dasar/Polisi dan Undang-Undang; Latihan; Penyelidikan; dan sebagainya.
Prospek kerja juga semakin cerah, lebih-lebih lagi dengan pembangunan pesat dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekarang…
APAKAH SYARAT-SYARAT YANG DPERLUKAN UNTUK MENJADI PEKERJA SOSIAL?
Selain daripada pendidikan dan latihan yang disebutkan di atas, beberapa syarat dan ciri berikut dikira perlu untuk menjadi seorang pekerja sosial:
Ke semua syarat dan ciri di atas boleh dipelajari atau dikuasai dan dibiasakan (dibudayakan) melalui amalan hari-hari. Syarat-syarat dan ciri-ciri ini boleh dimiliki dan dipertingkatkan oleh setiap yang bergelar pekerja sosial.
APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN SEKARANG JIKA BELUM ATAU KEKURANGAN SYARAT-SYARAT TERSEBUT?
Bagi saudara-saudari yang baru, apakah persiapan diri yang diperlukan dari sekarang? Ini perlu difikirkan. Renungi catatan di atas dan buat rumusan atau bentuk suatu keazaman baru untuk menjadi seorang pekerja sosial yang baik.
Begitu juga bagi yang sudah beberapa semester di sini, dan yang akan keluar menjadi pengamal kerja sosial terlatih (trained social worker) dalam sedikit masa nanti, apakah yang harus dilakukan sementara masih ada masa?
ADAKAH PROSES PEMBELAJARAN (LEARNING) SEDANG BERLAKU DALAM KALANGAN SDR/I? – Pembelajaran yang membawa implikasi terdapatnya PERUBAHAN PADA DIRI SDR/I – SEDANG BERUBAH, atau BELUM BERUBAH? MASIH DITAKUK LAMA JUGA? Sdr/i sendiri orang yang terbaik untuk menjawabnya. Sdr/i tahu sikap, pengetahuan dan kesediaan diri sendiri untuk menggalas tanggungjawab dan peranan sebagai pekerja sosial.
Jika terdapat kekurangan atau kelemahan, sdr/i tahu apa yang seharusnya dilakukan. Di sekeliling sdr/i terdapat pelbagai sumber dan bahan rujukan yang boleh membantu. Pendedahan yang sdr/i dapat di universiti amat terhad (minimal) tetapi seharusnya cukup membantu untuk diteruskan.
CABARAN-CABARAN TERHADAP PEKERJA SOSIAL
INI SEMUA WAJAR SDR/I FIKIRKAN, ATAU LAKSANAKAN DARI SEKARANG!
KERJA SOSIAL DI LUAR NEGERI… SEKADAR INGATAN
Sebagai bakal pekerja kerja sosial terlatih kita semua harus akur bahawa konteks kerja kita bukan statik, sebaliknya sentiasa berubah. Kita juga harus peka dengan keperluan dan tuntutan persekitaran yang demikian, jika tidak kita akan ketinggalan dan tidak relevan.
Perkembangan dalam perkara-perkara berikut perlu sentiasa dipantau oleh pekerja sosial kita:
ILMU, KEMAHIRAN, & RANGKAIAN PERHUBUNGAN
Keperluan menimba ilmu. Apa yang sdr/i baca, bincang dan dialogkan? Adakah ini menjadi suatu amalan biasa, suatu budaya kehidupan, atau hanya sekali sekala, untuk peperiksaan dan tugasan akademik (markah dan gred) sahaja?
Penglibatan/penyertaan dalam wacana, ceramah, kegiatan-kegiatan keilmuan dan keintelektualan?
Pelbagai kaedah dan kemahiran yang ada, pengalaman yang dilalui oleh kita dan masyarakat luar -- ADAKAH DIMANFAATI SEBAIKNYA?
Rangkaian perhubungan dan kerja – termasuk pelbagai sumber dan kepakaran yang wujud di sekeliling, kontak-kontak baru & pemeliharaan kontak-kontak itu… SEMUA INI MEMBANTU KERJA KITA, DAN BAIK UTK KEPENTINGAN MASYARAKAT.
|