Skip to content

Sukarelawan Malaysia

LAMAN UTAMA ARTIKEL / CERAMAH KEPEMIMPINAN SUKARELA
KEPEMIMPINAN SUKARELA
Written by Dr. Azizan Bahari   
Tuesday, 01 November 2011 02:49

(Nota ceramah di Bengkel Pemantapan Sukarelawan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, EDC-UUM, 20-22 Oktober, 2011)


KEPEMIMPINAN SUKARELA

Oleh:

Azizan Bahari, PhD

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

 

 

MENGAPA BELAJAR TENTANG KEPEMIMPINAN & PEMIMPIN?


Kedua-dua bidang Kesukarelawanan dan Kepemimpinan penting difahami sebagai persiapan dan usaha pemantapan diri agar dapat berperanan dengan lebih sistematik dan berkesan.

  • Sebagai sukarelawan komuniti, anda juga akan jadi pemimpin dalam kalangan rakan-rakan remaja belia dan komuniti
  • Anda akan terdedah kepada aneka kepemimpinan – harus mengetahui aspek-aspek penting kepemimpinan dan dapat memanfaatkan pengalaman yang berbagai-bagai itu
  • Anda dapat menyumbang sesuatu yang baik dan penting kepada komuniti
  • Anda juga dapat menjadi pemimpin yang baik dan berkesan.

 

APAKAH KEPEMIMPINAN?


Kepemimpinan (leadership), dari kata “pemimpin”

Kepemimpinan = Kepimpinan (kedua-dua istilah ini disamakan penggunaannya di sini)


DEFINISI/TAKRIF


Terdapat banyak definisi kepemimpinan, antaranya:

  1. Proses di mana seorang individu mempengaruhi sekumpulan individu untuk mencapai suatu matlamat bersama (Northouse, 2003).
  2. Kepimpinan ialah kemampuan seorang individu untuk mempengaruhi, meransang, dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan pertubuhan.. (House et al, dlm Yukl, 2006).
  3. Kepimpina ialah proses mempengaruhi kegiatan-kegiatan kumpulan yang tersusun ke arah pencapaian matlamat (Rauch & Behling, dlm.Mani et al, 1990).

 

KOMPONEN KEPEMIMPINAN


Daripada kebanyakan definisi terdapat lima (5) komponen proses kepemimpinan, iaitu:

  1. Proses – Kepemimpinan suatu proses, yakni terdapat perhubungan dan interaksi antara pemimpin dan pengikut/ahli, dan ini berterusan dan saling mempengaruhi satu sama lain.

  2. Pemimpin (ketua).

  3. Pengikut.

  4. Pengaruh – pemimpin menggunakan pengaruh (influence) ke atas pengikut; pengaruh ialah proses mendapatkan kepatuhan sukarela daripada pengikut/ahli. Pemimpin mempengaruhi dengan pelbagai cara seperti hujah-hujah yang rasional, perbincangan, perundingan, pujukan, pemaparan contoh atau teladan, pendengaran, dan juga teguran.

  5. Tujuan (objektif) – dalam proses kepemimpinan mesti ada tujuan (atau beberapa tujuan) yang hendak dicapai.

 

 

PEMIMPIN DAN PENGIKUT

-   Pemimpin tidak wujud tanpa pengikut

-   Pemimpin dipilih/datang daripada pengikut

-   Dalam pertubuhan dan gerakan sukarela pemimpin biasanya dipilih atau dipersetujui oleh pengikut atau kalangan ahli

-   Pemimpin mengikut atau mematuhi kehendak majoriti pengikut/ahli

-   Pemimpin memegang amanah pengikut

-   Pengikut turut menentukan pemimpin, -– sikap, idea/fikiran, keperibadian

-   Pengikut yang cerdik dan rajin berkemampuan melahirkan pemimpin yang berwibawa dan hebat.


Kedua-dua pemimpin dan pengikut penting. Kedua-duanya saling mempengaruhi.

 

SIAPAKAH PEMIMPIN?

-    Pemimpin membantu menunjuk arah kepada pengikut

-    Pemimpin mempunyai visi – nampak masa depan bersama

-    Pemimpin dapat menarik, mendorong, dan menyatukan ahli-ahli

-    Pemimpin mempunyai kekuatan tertentu (kebijaksanaan, kemahiran, rangkaian perhubungan, dll.)

-    Pemimpin harus dapat mendidik, menggalak, dan membentuk orang lain menjadi pemimpin

-    Berani dan sanggup mengambil risiko

-    Mengamalkan cara hidup sederhana

-    Bertanggungjawab dan amanah

-    Diterima dan dihormati ahli/pengikut.


SUKARELAWAN SEBAGAI PEMIMPIN


Selaku sukarelawan komuniti, anda akan

  • Bekerja dengan komuniti (bantu, beri khidmat, ambil inisiatif, lakukan sesuatu yang baik bersama komuniti).
  • Melatih diri menjadi pemimpin dalam kalangan remaja belia dan juga komuniti setempat (melalui pertubuhan, jawatankuasa, kumpulan, kegiatan).

Tahap-tahap perkembangan sukarelawan komuniti

Anggota masyarakat/pelajar -> sukarelawan/ahli pertubuhan -> penggiat/pemimpin  -> usahawan sosial komuniti

 

SYARAT-SYARAT MENJADI PEMIMPIN YANG BAIK

Dari beberapa sumber (seperti Si Kahn, Northouse, Al-Farabi, dll.) syarat-syarat berikut dikira sangat penting bagi pemimpin:

  • Rajin/sedia belajar
  • Meminati ilmu
  • Menyukai orang, boleh bergaul
  • Pendengar yang baik
  • Keyakinan diri
  • Kuat bekerja, rajin
  • Disiplin diri
  • Tabah, tak mudah kecewa
  • Telus
  • Berakhlak
  • Cinta kebenaran
  • Prokeadilan & antikezaliman
  • Berani
  • Bertimbang rasa
  • Menghormati orang
  • Rendah hati

 

KEPEMIMPINAN BOLEH DIPELAJARI

Kemahiran kepimpinan boleh dipelajari dan diperbaiki. Kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik kepimpinan ternyata pelbagai. Antara cara-cara mempelajari kepimpinan yang berkesan ialah:

  1. Kursus/latihan (juga ceramah, perbincangan, bengkel, dsb) – oleh pelbagai pihak. Dapatkan maklumat tentang ini dan usahakan untuk mengikuti program yang penting dan sesuai.

  2. Keperantisan (apprenticeship) – calon ditempatkan di pertubuhan, agensi atau jabatan – pelajari selok belok kerja dan kepimpinan – dia dibimbing oleh orang berpengalaman.

  3. Kejurulatihan (coaching) – tunjuk ajar oleh seorang pakar dan berpengelaman dalam aspek-aspek tertentu kepimpinan (contoh: pengucapan awam, pengurusan kewangan, gaya memimpin, pengurusan pertubuhan, menganjurkan kursus/latihan, kerja kelompok, komunikasi, dll.).

  4. Mengamalkan kepimpinan – cara utama ialah mengamalkan kepimpinan! Lakukan kerja memimpin (yakni menjadi pemimpin). Mula memimpin di peringkat bawah. Harus berani ke hadapan serta bersedia mengambil peranan dan tanggungjawab. Ceburkan diri dan cari pengalaman. Perbaiki diri (setapak demi setapak) sebagai pemimpin.

  5. Cara-cara lain mempelajari kepimpinan termasuklah melakukan muhasabah diri (refleksi diri), mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak dan mengambil iktibar daripadanya, mengikuti dan mengamati contoh-contoh pemimpin berkaliber, dan sebagainya.

 

PEMIMPIN REMAJA BELIA DAN KOMUNITI

  • Kaji pemimpin dan kepemimpinan dalam komuniti (siapa mereka, apa yang dilakukan? Kebolehan mereka? Keberkesanan mereka?)
  • Sikap dan respons komuniti terhadap kepemimpinan. Mengapa?
  • Apakah masalah/isu-isu dalam komuniti?
  • Potensi dan kebolehan anda?
  • Apakah yang boleh anda sumbangkan kepada komuniti?
  • Persiapan anda dari sekarang?

Sekian, Selamat Bersukarela dan Menjadi Pemimpin!

____________________

[Dipetik dan diubahsuaikan dari Azizan Bahari (2008), Menjadi Pemimpin]

 

Pustaka Qarya

Banner

Aktiviti

Aktiviti