PANDUAN UNTUK SUKARELAWAN KOMUNITI * |
Written by Dr. Azizan Bahari |
Friday, 15 July 2011 12:03 |
Siapa yang Bukan Sukarelawan? Sebelum mengenali sukarelawan elok diperjelaskan dahulu maksud kerja sukarela yang dilakukan oleh sukarelawan. Apakah Kerja Sukarela? Kerja sukarela ialah kegiatan yang dilakukan dengan rela hati, ikhlas, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak, tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan material, dan dapat memberi manfaat kepada golongan/pihak sasaran (Azizan, 2009). Siapakah Sukarelawan? Sukarelawan seorang yang mempunyai minat dan terlibat dalam sesuatu kegiatan sukarela. Sukarelawan juga harus mempunyai sesuatu yang hendak disumbangkan atau diokongsikan dengan pihak sasaran/komuniti seperti pengalaman, fikiran dan ilmu, kemahiran dan kebolehan, tenaga fizikal, dan sebagainya. Untuk memastikan sama ada seseorang itu sukarelawan sebenar atau tidak elok jika kita cuba meneliti sifat-sifat atau ciri-ciri bukan sukarelawan. Jika kita masih mempunyai sifat-sifat berkenaan maka perlulah kita berusaha untuk memperbetulkannya atau mengatasinya agar dapat menjadi sukarelawan sebenar. Kita sendiri tentulah dapat mengenalpasti dan mengetahui sifat-sifat berkenaan sama ada ia wujud atau tidak dalam diri kita. Orang lain mungkin mengenali kita dari segi luaran sahaja. Siapakah yang BUKAN sukarelawan sebenar? Seorang itu bukan sukarelawan sebenar jika dia:
Mengapa Menjadi Sukarelawan Komuniti? Setiap orang yang ingin menjadi sukarelawan komuniti tentu mempunyai tujuan atau sasarannya tersendiri daripada penglibatannya. Tujuan atau sasaran ini tidak semestinya sama dengan tujuan kerja sukarela umumnya. Tujuan atau sasaran ini mungkin lebih bersifat peribadi (personal) tetapi baik untuk perkembangan diri sukarelawan dan juga untuk kepentingan bersama komuniti. Antara tujuan individu sukarelawan yang dimaksudkan ialah:
Prinsip-Prinsip Kerja Sukarela Prinsip ialah pegangan atau pedoman. Prinsip juga asas penting dalam membuat keputusan atau tindakan. Prinsip membantu dan memandu seseorang dalam kerja dan kehidupannya. Seperti mereka yang bekerja dengan orang awam, sukarelawan juga harus berkhidmat dengan berpandukan prinsip-prinsip tertentu, antaranya: i. Sedia berkongsi ii. Berkhidmat tanpa pilih kasih, atau diskriminasi iii. Menyumbang/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran matrerial iv. Bermula dari keadaan dan keperluan komuniti (kepentingan komuniti, bukan kepentingan sukarelawan atau pihak lain) v. Melibatkan kumpulan sasaran dalam sesuatu keputusan dan tindakan vi. Akur bahawa manusia / insan merupakan sumber utama dalam kerja sukarela vii. Percaya bahawa setiap orang boleh menyumbang!
Kenali Komuniti Anda Untuk bekerja dengan komuniti sukarelawan mesti mengenali komuniti sasarannya. Dia perlu mengkaji, merujuk, dan bertanya orang-orang dan pihak-pihak berkenaan tentang komuniti tersebut. Mengenali komuniti akan memudahkan kerja. Mengenali dan memahami komuniti juga memungkinkan kerja dilaksanakan dengan lebih berkesan. Beberapa aspek penting tentang komuniti sasaran perlu diketahui, antaranya:
Sumber-Sumber Komuniti Apakah aset, potensi, kemahiran dan kebolehan yang terdapat di dalam dan di sekitar komuniti? Ini bermaksud sumber-sumber komuniti. Perancangan dan pelaksanaan kerja dalam komuniti mesti mengambil kira sumber-sumber komuniti sendiri, bukannya mengharapkan bantuan atau tajaan luar sahaja. Malah, dalam bekerja dengan komuniti sukarelawan seharusnya berusaha ke arah membantu komuniti agar dapat berdikari, termasuk melalui penggunaan sumber-sumber tempatan. Pelbagai bentuk sumber terdapat di dalam dan di sekitar komuniti, dan ini harus diketahui sebaiknya. Sumber-sumber itu meliputi:
Semua sumber yang dinyatakan ini berpotensi membantu usaha-usaha sukarelawan dalam komuniti. Sesetengahnya sudahpun membantu, manakala yang lain mungkin belum diterokai potensinya. Mengetahui sumber-sumber yang ada di dalam komuniti bererti mengetahui potensi dan keupayaan komuniti yang sedia ada. Ia juga membantu memperkasakan komuniti, yakni membangunkan kesedaran dan keyakinan diri komuniti, memberanikan mereka membuat keputusan serta mengambil inisiatif dan tindakan bersama. Sudah tentu ia juga menjanjikan kelancaran dan kejayaan sesuatu usaha yang dilaksanakan.
Peranan Sukarelawan Komuniti Dalam keadaan tertentu, sukarelawan komuniti dituntut memainkan peranan-peranan tertentu. Kadang kala beberapa peranan berikut dimainkan atau berjalan serentak. Antara peranan-peranan tersebut ialah:
Untuk berupaya memainkan peranan-peranan ini maka sukarelawan komuniti perlu berusaha lebih gigih untuk mempersiapkan diri dengan ilmu, sikap, semangat, dan kemahiran tertentu. Dia mesti rajin belajar dan gigih memperbaiki diri. Demikian sedikit panduan dan ingatan untuk sukarelawan komuniti. Sekian, selamat bersukarela dengan komuniti! ------------------------------------------- (* Butiran ceramah yang disampaikan kepada sekumpulan calon sukarelawan komuniti di Jitra, Kedah pada 4 Julai, 2011) |